02 January 2007

Berdiri - Suki (One In A Million)

Aku tak tau sebab apa tapi aku rsa lagu nie memberi aku semangat. Kalo versi Inggeris aku minat lagu The All American Reject: Move Along; jadi yang lagu melayu aku minat lagu nie. Still mencari lagu nie yang versi studio tapi tak jumpa yang btol2 clear. Kalo korang ada leh ar post comment or emel terus kat mana nak donlod =) Korang boleh donlod lagu nie kat sini. Kalo korang tak boley akses site tue, sila cuba lagi beberapa minit pas tue ok.

Berdiri oleh Suki (One In A Million)

Bagaikan bangun dari igauan
derita dulu kutinggalkan
tiada mesranya senyuman
cerita baru kumulakan

Dulu kau pernah ku percaya
aku insan istimewa
satu di antara berjuta
dan kini lihatlah

Chorus:
Berdiri aku di sini
takkan tewas
takkan ku menyerah diri
selagi sepi hati
belum tercapai aku takkan berhenti
dapatkah kau merasa
hangatnya semangatku
bagai bercahaya
berdiri aku di sini
melangkah menuju gemilang pasti

Masih segar di dalam ingatan
jalan yang penuh kepahitan
aku harungi dengan tabah
dan kini lihatlah

*repeat chorus

tapi semua ini
tetap kumiliki
tanpamu disisiku
memberikan kasihmu selalu

*repeat chorus

Berdiri aku di sini
takkan tewas
takkan ku menyerah diri

1 comments:

Anonymous said...

selagi sepi hati...kat lyrics tu..salah. it should be 'selagi hasrat di hati' ...