21 January 2007

Now and Again

Lokasi: The Other Half of My World
Mood: A lil' bit of Sad and Happy
Musik: Now and Again

Aku adalah aku. Walau di mana saja aku berada aku tetap adalah aku. Terkenang balik peristiwa yang lama-lama. Bila aku fikirkan balik, banyak yang membazir dari mengguna. Menda banyak skali aku bazirkan adalah masa. Aku pasti ramai antara pembaca turut membazir menda yang sama.

Hmm.. kalo nak cerita banyak masa banyak masa terbuang lagi. Cuma skang selepas insiden demi insiden, aku mula menghargai waktu. Setiap peluang yang ada aku tak lepaskan. Cuma yang pasti aku tak melupakan prinsip dan pegangan aku. Biar pun dihina dan dikutuk aku tetap berdiri dan terus berlari. Apa saja yang mereka lemparkan ke dalam minda aku, semua aku cernakan jadi semangat untuk terus berlari dan mendaki. Aku suka korus daripada lagu A.C.A.B nie, Now and Again.

So why should I.. care?
Why should I - care to whatever they'll say?
They've never cared anyway
So why should I.. care?
Why should I... care?
I will do it my way
I'll do it now & again & again...
Masih ingat ketika aku leka dan tersungkur. Begitu banyak cacian di kelilingku. Namun aku tak hiraukan semua itu. Aku segera sedar dan bangun. Alhamdulillah aku masih berdiri dan aku tahu masih jauh perjalanan hidup ini.

Terima kasih aku ucapkan kepada semua yang menyokongku tidak kira dekat atau jauh. Kalian akan terus di hati ini sebagai pembakar semangat untuk terus berjaya. Suatu hari nanti aku pasti akan berada disamping kalian kerana aku sedang mendaki jalan yang kalian tunjukkan kepadaku.

Terima kasih semua...

0 comments: