12 January 2007

Usah Terliur

Siapa tak terliur melihat kereta mewah? Tapi usah ingat kereta mewah berjuta ringgit itu perfect. Sama sekali tidak hanya pemiliknya tahu pasal kekurangan dan karenahnya.

Tapi kita yang melihat macam terkeluar mata, punya syok hingga tercetus perkataan “Wahhh!” Tak semena-mena Melambangkan hati kita yang terpegun habis.

Kan gitu? “Kalaulah aku dapat..”

Anda fikir kereta itu tak ada masalahkah? Jangan cepat sangat membuat kesimpulan. Kalau tak percaya pergilah ke pusat-pusat servis kereta-kereta mewah ni dan Iihatlah kereta yang keluar masuk bukan setakat servis berkala, macam-macam masalah.

Cuba curi-curi dengar kata kata para pemilik yang biasanya terdiri daripada mereka yang amat berduit ini dengan service consultant, anda akan dengar macam-macam complaint.

Nak lebih power tanya terus service consultant itu, anda akan garu kepala, hairan dan tak percaya. “Takkanlah macam tu pulak?“Takkanlah kereta berjuta ringgit ni pun ada masalah?”

“Kereta Kancil aku pun tak bocor bumbungnya.”

Percayakah anda kalau saya katakan kereta mewah tak terkecuali dan masalah bumbung bocor, enjin mati sewaktu sedang bergerak, sensor tiba-tiba tak berfungsi dan macam-macam api. Harapkan mahal Tapi tak kurang dengan masalah.

Begitu jugalah manusia. Jangan terliur dengan orang yang handsome, macho, kacak, lawa, cantik, jelita, jambu dan segala macam istilah kehebatan yang boleh kita berikan kepadanya. Macam kereta mewah juga, penuh dengan masalah.

Kalau kereta boleh jugalah diketuk mana-mana bahagian yang kemek, boleh tampal simen dan cat semula. Akan nampak licin dan bersinar. Apa yang ada di dalam tubuh, apa yang dipanggil tengkorak dan rangka itu telah disalut oleh daging dan kulit yang nampak indah dengan bentuk-bentuk yang tersendiri, maka nampaklah cantik sangat, tetapi yang sebenarnya apa yang ada di dalam tetap menakutkan. Itu boleh tahan, sebab semua orang pun sama. Semua orang ada tulang belulang dan tongkorak, tetapi apa yang tersembunyi dalam hati jauh labih manakutkan. Yang ini boleh jadi terlalu buruk, terlalu busuk dan terlalu kotor. Samalah macam kereta mewah, di luarnya nampak barsinar dan berkilat mengatasi semua kereta yang ada, di bawahnya tetap besi dan simen yang boleh berkarat dimakan cuaca.

Jadi, usahlah anda terliur sangat melihat dia, terutama jika dia tu memang tak mungkin anda miliki, sebab dia isteri orang, dia suami orang, dia anak orang berada, dia terlalu popular! Dia ternama, dia telah dimiliki seseorang dan segala macam alasan yang boleh anda tamsilkan sendiri.Yang anda terpesona adalah kulit dan daging yang menutupi apa yang sabenarnya menakutkan anda. Dan ingat, orang cantik, orang handsome biasanya kurang jujur.

Mengapa mesti terliur jika anda membayangkan jerangkong sedang barjalan tatkala anda melihat seorang yang sangat cantik yang memang anda tahu bencana jika anda cuba hendak memilikinya. Samalah mengapa mesti terliur dengan kereta mewah jutaan ringgit jika anda tahu tak semestinya kereta jutaan ringgit itu tidak bebas dan masalah dan yang menggiurkan hanya pada lambang-lambang kemewahan yang melekat di hadapan, di belakang dan di dalam kereta berkenaan?

Terliur itu boleh untuk meningkat motivasi dan kekuatan dalaman untuk mendapatkannya, tetapi usah lerliur hingga bertindak luar dari batas-batas kebiasaan, Terliur dengan suami orang yang anda lihat sangat kacak hinqga sanygup berperang dengan isterinya itu silap. Terliur dengan isteri orang yang anda lihat cantik sangat hingga sanggup berbunuhan dengan suaminya itu amat silap

YANG SEBENAR-BENAR CANTIK BUKANLAH TUBUH TETAPI HATI.

Artikel ini adalah ihsan Nurul Akma The Chumey Lotey

2 comments:

Anonymous said...

tapi skarang orang pandang ensem/cantik barang branded2! kalo yg biase2 nih orang x pandang pon.. malahan ade yg mengutuk! aper nak jadik dengan manusia zaman skarang nih..

Mr Shafique said...

Biasa ar tue. ada orang mcm tue. alhamdulillah persekitaran aku tak ramai orang mcm tue. so kalo kita nak mencari teman hidup or kawan jangan la kita carik orang gnie sebab diorang meletakkan harta benda sebagai pengukur sebuah perhubungan. harta itu penting dalam islam tapi ia bergantung dari aspek apa kita lihat harta dan kebendaan ini.

Trismas sebab komen and baca yer ;)